UMNO BN milik rakyat dan akar umbi – Najib



Bismillahi rahmanirrahim.
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Ramai yang telah bertanya kepada saya mengenai perkembangan terkini dalam UMNO dan Barisan Nasional. Ada yang minta nasihat saya, ada yang minta saya komen, beri hala tuju, ada yang nak tahu apa pendirian saya, Walaupun saya dah kata, tenang aja.. di facebook saya.

Nak tahu pendapat saya?

Dalam kita membuat apa-apa keputusan dan hala tuju biarpun UMNO atau Barisan Nasional terlebih dahulu kita perlu memikirkan dua pihak.

Loading...

Yang paling utama dan pertama sekali dalam pertimbangan kita ialah rakyat. Apakah yang terbaik untuk rakyat dan negara. Apa sistem politik yang rakyat mahu lihat. Apakah mesej rakyat yang boleh kita tafsir daripada keputusan-keputsan PRK-PRK selepas PRU14 dan sejak 2019 bermula dengan PRK Parlimen Cameron Highland. Sehinggakan baru-baru ini suara meminta bubar parlimen semakin kuat kedengaran.

Ingat, daripada lima PRK ini, memberikan angka-angka yang amat mengejutkan kepada kedua-dua pihak, Barisan Nasional mahupun PH, setiap saluran, setiap daerah.

Yang kedua adalah, akar umbi kita di dalam UMNO dan di dalam Barisan Nasional. Semasa UMNO dan BN berada pada lowest point sepanjang pada 2018, parti kita bagaikan terumbang-ambing, dilambung gelombang dan dibadai ombak.

Loading...

Mereka yang disangka kawan, meninggalkan kita. Mereka yang kita jaga, sayang dan julang bertahun-tahun lamanya tidak mahupun duduk semeja dengan kita lagi.

Yang tinggal akhirnya siapa? Mereka di akar umbi, yang jujur, yang ikhlas, yang setia kepada perjuangan kita untuk rakyat.

UMNO dan BN tidak runtuh dan tidak lemas kerana mereka yang meninggalkan kita. Biarpun UMNO dan BN menjadi pembangkang, ahli akar umbi ini tetap megah mengibarkan bendera parti, tidak merasa malupun memakai lambang di dada.

Loading...

Mereka tetap berjuang dan menjadi suara rakyat, sehinggakan PH lari lintang pukang tidak terjawab banyak isu hari ini.

Saya nak mengingatkan bahawa sokongan rakyat semakin mantap dan kukuh apabila pemuafakatan nasional yang diterajui oleh UMNO dan PAS serta disokong oleh parti-parti komponen Barisan Nasional mendapat tempat di hati rakyat.

Hujung minggu ini akan bermula mesyuarat-mesyuarat UMNO cawangan di seluruh negara sehingga 15 April.

Loading...

Sehubungan itu, saya menyeru seluruh ahli UMNO agar mengambil peluang ini untuk merapatkan saf perjuangan kita.

UMNO bukan milik mana-mana individu atau pihak. UMNO milik rakyat dan akar umbi UMNO yang setia. Dengarlah dan hormatilah isi hati akar umbi ini. Merekalah yang layak menentukan hala tuju UMNO.

Saya yakin kita yang masih kekal dan setia bersama UMNO dan BN akan meneruskan bahtera rakyat ini.

Loading...

Semoga Allah memberkati perjuangan kita untuk agama bangsa dan tanah air. Insya-Allah.

Selamat bersidang wahai ahli-ahli UMNO.

Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Loading...


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram