KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli Parlimen Umno dan PAS bergerak bersama-sama menaiki bas ke Istana Negara, selepas berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra sejak pagi tadi.
Sekumpulan lagi menaiki kenderaan masing-masing. Kumpulan ini mula bergerak pada 2.40 petang tadi.
Loading...
Beberapa pegawai parti memaklumkan antara wakil rakyat Umno yang berkumpul sejak 10 pagi tadi Annuar Musa (Keterah), Ismail Sabri Yaacob (Bera), Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) dan Najib Razak (Pekan) tiba kira-kira 2.15 petang tadi.
Loading...
Mereka menunggu wakil rakyat PAS antaranya Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai), Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas), Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok), dan Takiyuddin Hassan (Kota Bharu).
Semalam, seorang pemimpin PAS mendakwa ia dan Barisan Nasional mempunyai majoriti mencukupi untuk ditunjukkan kepada Agong. – FMT
Loading...
Loading...
Loading...
Loading...
Loading...
Loading...
Loading...
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
- Dr M letak jawatan sebagai pengerusi PPBM
- PM letak jawatan, Kabinet terbubar – Prof Dr Ramlah Adam
- Kerajaan PH masih 'berjalan' - Lim Guan Eng
- Agong jadi 'pentadbir' sementara
- Agong lantik Tun M sebagai PM interim
- Agong batal perlantikan menteri-menteri
- TERKINI: Kerajaan Negeri Melaka terbubar
- Paling kurang 3 negeri PH runtuh
- Adly beri ucapan terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka
- Wan Azizah hadir di pejabat untuk kemas barang
- Johor akan tubuh kerajaan negeri baharu
- Agong panggil mengadap semua ahli parlimen one by one
Join our Telegram Channel