
Seramai 500 ahli PKR Perlis didakwa mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden Anwar Ibrahim
Ketua Cabang Arau, Izhar Kamaruddin Sudin mendakwa seramai 300 ahli daripada Cabang Arau dan 200 ahli Cabang Padang Besar telah bertindak keluar parti.
Loading...
“Kami semua bertindak keluar parti kerana Majlis Pimpinan Negeri (MPN) gagal mengutamakan kebajikan di peringkat akar umbi selain hilang kepercayaan terhadap Anwar,” katanya kepada media di Arau, hari ini.
Antara barisan kepimpinan PKR Perlis yang turut keluar parti ialah bekas pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abd Rahman, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, yang juga Ketua AMK Arau, Khairul Aqran Saffie dan Timbalan Ketua Cabang Padang Besar, Ahmad Sofi Abdul Manah.
Loading...
Beliau berkata kesemua ahli yang keluar parti akan digerakkan menerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Penggerak Muafakat Nasional Perlis yang akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lebih 500 ahli PKR Kelantan keluar parti
- Ketua Cabang Libaran, 3,144 ahli keluar PKR
- 400 Ahli dari 24 cabang Perak keluar PKR
- 563 ahli PKR Cabang Kota Raja keluar parti
- 850 ahli PKR cabang Sabak Bernam keluar parti
- 2,000 ahli PKR keluar parti, cabang Pasir Puteh lumpuh
- Lebih 1,000 ahli PKR Cabang Tanjung Karang umum keluar parti
- 13 ketua kampung di Labuan keluar PH
- 2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti
Join our Telegram Channel