563 ahli PKR Cabang Kota Raja keluar parti



SHAH ALAM: Seramai 563 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja mengisytiharkan keluar parti selepas kecewa dengan kemelut yang melanda parti berkenaan.

Bekas Ahli Jawatankuasa PKR Kota Raja, Fauzi Din, berkata kemelut yang melanda parti itu seperti tiada kesudahan dan membuatkan ahli bawahan keliru mengenai hala tuju parti berkenaan.


Loading...

“Sebelum ini, kami sebagai ahli jawatankuasa (AJK) di peringkat kawasan hanya bersabar dan cuba menutup kelemahan parti pada rakyat bagaimanapun, keadaan parti ini semakin parah.

“Kami ingatkan apabila Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, PKR akan lebih baik tetapi lebih berkecamuk.


Loading...

“Ia jelas kelihatan semasa proses pemilihan dilakukan yang mana kami lihat parti ini seperti parti ‘gangster’ bergaduh di sana sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kota Kemuning, hari ini.

Beliau berkata, keadaan menjadi lebih teruk apabila parti bertindak memecat individu yang menjaga parti selama 20 tahun iaitu bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali.


Loading...

Katanya, Azmin dan bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin adalah orang yang tidak pernah lari dari parti serta tidak wajar diperlakukan sedemikian.

“Kami juga malu dengan parti lain apabila Anwar dilihat begitu gelojoh untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri.


Loading...

“Justeru, kami sepakat tanpa paksaan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan parti yang kami sertai hampir 20 tahun yang lalu,” katanya.

Fauzi berkata, beliau dan ahli lain yang ingin keluar parti akan menghantar surat untuk membatalkan keahlian mereka ke Pejabat PKR Cabang Kota Raja esok.


Loading...

Terdahulu pada Jumaat, seramai 500 ahli PKR Cabang Sungai Besar mengisytiharkan keluar parti selepas kecewa dengan tindakan Presiden parti itu memecat Azmin dan Zuraida

Ia kemudian diikuti 850 ahli Cabang Sabak Bernam hari ini. – BHarian

ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram