
AYER KEROH: Istiadat Pengurniaan Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12 yang dijadual berlangsung esok ditangguhkan pada Isnin depan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hassan sebentar tadi.
Loading...
"Dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob telah memutuskan agar Istiadat Pengurnian Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 ditangguhkan.
"Istiadat itu akan berlangsung pada 9 Mac 2020 bersamaan Isnin pada jam 3 petang di Dewan Seri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri,"katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Loading...
Sehingga kini, siapakah yang bakal menjadi Ketua Menteri ke-12 masih menjadi tanda tanya meskipun pada 2 Mac lalu, Perikatan Nasional mengumumkan mendapat 17 sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada BN, Bersatu, PKR dan DAP sekaligus boleh membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Kemelut politik di negeri ini kembali meruncing selepas gabungan kerajaan baharu itu menolak kerjasama dengan dua Adun Bersatu sebelum menyerahkan Perakuan Bersumpah (SD) baharu kepada Tun Mohd Khalil petang Khamis. – Astro Awani
Loading...
ARTIKEL MELAKA:
- Kerajaan PH Melaka tumbang
- Saya mengaku saya jadi barua – Norhizam Hassan Baktee
- Adly Zahari cadang TYT bubar DUN, adakan Pilihan Raya Negeri
- Melaka: TYT tolak cadangan Adly bubar DUN
- "Saya tidak akan letak jawatan" – Adly Zahari
- Saya masih Ketua Menteri Melaka, kata Adly
- Khidmat Adly telah tamat 4 petang semalam – TYT
- Zahid bertemu TYT Melaka
- Zahid: Cadangan dah beri, tunggu TYT umum
- PN Melaka tarik balik kerjasama 2 Adun Bersatu
- 15 Adun PN mengadap TYT Melaka petang ini
- Adun PKR dakwa PH tawar jawatan KM Melaka
- 15 Adun PN jumpa TYT Melaka
Join our Telegram Channel