Corvid-19: Ahli PAS Kawasan Batu meninggal dunia, korban terbaru



Kes melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan kes Vietnam.

Mangsa juga mempunyai kontak dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, mangsa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.


Loading...

“Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020,” katanya. – MG

Sementara itu, orang yang dekat dengan ahli keluarga si mati juga turut menyatakan kesedihan mereka di media sosial.


Loading...

“Ahli PAS Kawasan Batu, Haji Idris Bin Atan dri Taman Koperasi Polis dikhabarkan baru sahaja meninggal dunia setelah disahkan positif COVID 19. Sumber dari Twitter anakanda Almarhum , @syahiraidris.

Kami menunggu pengumuman rasmi dari KKM. Jika benar maka Haji Idris adalah korban kelima (5) COVID 19.” – عتيق الفنداني

“Tolong sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham " Idris bin atan" pesakit covid19. Ayah kepada Syahirah Idris yang telah disahkan meninggal dunia petang ini. 🙏🏻 Al Fatihah ....” – Nur Adilah


ARTIKEL BERKAITAN:

Anak kepada mangsa Corvid-19 yang kini sedang dikuarantin



Join our Telegram Channel
Telegram