Gambar penyanyi terkenal Akon tunai umrah tular



Nama Akon tidak lagi perlu diperkenalkan. Siapa yang tidak kenali penyanyi terkenal dengan lagu hits Lonely satu ketika dahulu?

Terbaharu, gambar dan video beliau, keluarga dan rakan selebriti beliau menunaikan umrah di Mekah tular di media sosial. Difahamkan sebelum beliau menunaikan umrah, beliau telah mengadakan konsert jelajah di Arab Saudi terlebih dahulu.

Loading...

Untuk pengetahuan anda, Akon sebenarnya dilahirkan sebagai seorang Muslim dan beliau turut mengatakan bahawa kejayaan yang beliau miliki sekarang kerana beliau percaya kepada agamanya.

Rata-rata netizen berasa terkejut dan mendoakan agar urusan ibadah Akon dipermudahkan. Malah, para netizen juga meluahkan rasa bersyukur dan berkongsi gambar Akon di media sosial.

Loading...

Pastinya selepas melihat gambar Akon menunaikan umrah membuatkan lebih ramai Muslim ingin ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah, bukan? – Vocket


Please subscribe

Loading...



Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram