Lompat parti sertai PH dulu bukan pengkhianat?



KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu konsisten dalam membuat sebarang tuduhan kepada pihak yang lompat parti, jelas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Ujar beliau, kalau pemimpin yang lompat parti keluar dari PH dikatakan pengkhianat, bagaimana pula yang keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyertai PH?

Loading...

“Apabila ada wakil rakyat lompat parti sehingga tumbangnya kerajaan BN di Sabah dan Perak, itu (PH) dikatakan hak demokrasi tetapi bila wakil rakyat PH lompat parti sehingga tumbangnya kerajaan  Persekutuan dan Melaka, itu dikatakan pengkhianatan,” katanya menerusi hantara Facebook beliau hari ini.

Katanya, sikap menuding jari sedemikian menyebabkan rakyat tidak lagi menerima PH, kerana selain 22 bulan diberi peluang memerintah, kerajaan itu meletakkan negara pada landasan yang baik.

Loading...

Menurut Asyraf, PH harus sedar yang menjatuhkan kerajaan mereka ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, bukan parti dari Muafakat Nasional (MN).

“Apabila Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM, secara tidak langsung PPBM keluar dari gabungan PH, termasuk 11 pemimpin PKR.

Loading...

“Serentak itu juga, Perikatan Nasional dibentuk sebagai noktah kepada kemelut politik yang berlaku sehingga ekonomi negara merudum dengan teruk,” katanya.

Berikutan perubahan itu, yang menjatuhkan kerajaan Persekutuan pimpinan PH, pentadbiran Johor, Perak dan Melaka juga turut bertukar tangan. – MalaysiaGazette


Join our Telegram Channel
Telegram