Covid-19: Menteri Kesihatan letak jawatan kerana penat



HAGUE: Menteri Kesihatan Belanda, Bruno Bruins, meletakkan jawatan selepas pengsan akibat keletihan pada sesi perbahasan di Parlimen ketika membincangkan mengenai penularan COVID-19.

Bruins yang bertanggungjawab menangani penularan wabak itu, pengsan ketika berucap di Parlimen Rabu lalu sehingga terpaksa dipapah keluar.

Pihak Istana dalam kenyataannya, memaklumkan peletakan jawatan itu diterima dan baginda berterima kasih atau perkhidmatan penting diberikan selama ini.


Loading...

Rabu lalu, Bruins memberitahu beliau sering pengsan akibat terlalu letih namun sudah kembali pulih dan akan kembali bertugas.

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, berkata peletakan jawatan Bruines adalah kerana tidak pasti berapa lama diperlukan untuk Bruins kembali pulih.

“Keadaan ketika berdepan dengan krisis memerlukan seorang menteri yang bersedia untuk bertindak dengan segera,” katanya.


Loading...

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Hugo de Jonge, akan mengambil alih tugas Bruins sehingga pengganti baharu dilantik.

Sebelum ini, Belanda menerima kritikan dalam usaha negara itu yang dilihat lambat dalam menangani penularan COVID-19.

Setakat ini, negara itu merekodkan 2,460 kes termasuk 76 kematian. – REUTERS


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram