PAS Perlis sedia sertai k'jaan negeri



PAS Perlis menyatakan kesediaan untuk menyertai kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN sekiranya wujud keperluan, kata pesuruhjayan PAS negeri itu, Mohd Shukri Ramli.

Katanya, ia susulan terbentuknya kerjasama melalui Perikatan Nasional di peringkat pusat dan menyerahkan perkara itu kepada Menteri Besar Azlan Man untuk membuat sebarang keputusan.

Loading...

"Minggu depan kita di peringkat Muafakat Nasional negeri akan mengadakan mesyuarat, setakat ini belum ada bincang apa-apa.

"Itu terserah kepada menteri besar, kalau beliau nak lantik kita (jawatan exco), kita tak jadi masalah," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi, hari ini.

Loading...

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sejauh mana kerjasama antara PAS dan Umno Perlis selepas kedua-dua parti itu kini berada dalam gabungan Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan pusat.

Untuk rekod Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pernah mendedahkan bahawa PAS dipelawa untuk mengisi satu jawatan exco kerajaan Perlis.

Loading...

Namun, tawaran itu ditolak kerana menghormati hak BN sebagai kerajaan negeri dan PAS kekal menyokong sebarang polisi.

Di Perlis PAS mempunyai dua kerusi dewan undangan negeri iaitu Sanglang dan Guar Sanji.

Loading...

Sementara itu Mohd Shukri berkata, pihaknya juga tidak menuntut sebarang jawatan melibatkan kerajaan negeri walaupun kini PAS dan Umno bersama dalam satu gabungan.

"Kita memang tak tuntut apa-apa jawatan. Kalau sekiranya tidak ada keperluan, tak jadi masalah kepada kita," katanya yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Sanglang. – Mkini


Join our Telegram Channel
Telegram