PBT arah peniaga, pengunjung pasar tani bersurai



PETALING JAYA: Penguatkuasa pihak berkuasa tempatan di Kuala Langat terpaksa turun ke lapangan pagi tadi untuk menyuraikan peniaga di sebuah pasar terbuka, mengikut perintah kawalan pergerakan bagi mengawal penyebaran Covid-19.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berkata akan membuat laporan polis terhadap peniaga yang terus menentang perintah kerajaan.

Pagi tadi, kenderaan penguatkuasa MDKL menggunakan pembesar suara meminta peniaga dan orang ramai di sebuah pasar tani bersurai.

Loading...

Seorang jurucakap MDKL memberitahu FMT kira-kira 20 hingga 30 peniaga mengemas barang masing-masing dan bersurai dalam tempoh setengah jam.

Pasar tani itu kebiasaannya berniaga setiap hari dan barang mentahnya yang segar menarik kunjungan ramai orang.

“Kami hanya boleh beri amaran dan mengeluarkan notis buat masa ini, kerana perintah kawalan pengerakan bidang kuasa polis,” kata jurucakap itu.

Loading...

“Sekiranya mereka terus melakukannya, kami akan buat laporan polis, tetapi mana-mana orang awam juga boleh lapor polis.”

Jurucakap itu memberi amaran lesen peniaga yang gagal mematuhi langkah-langkah kawalan Covid-19 akan ditarik.

Sementara itu, gambar dan video memaparkan orang ramai berkumpul atau makan di restoran walaupun perintah sedang berkuatkuasa tersebar.

Perintah kerajaan berkuatkuasa pada tengah malam tadi dan tamat pada 31 Mac.

Sekolah, premis kerajaaan dan perniagaan juga ditutup, tetapi perkhidmatan asas seperti kedai runcit dan pasar raya, bank, farmasi serta sektor utiliti akan beroperasi seperti biasa.

Mengikut perintah itu, restoran dibenarkan beroperasi tetapi hanya untuk bawa pulang dan penghantaran. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram