PM rayu rakyat jangan balik kampung, lepak di luar



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merayu rakyat tidak balik kampung sepanjang penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu bermula hari ini.

“Saya lihat lebuh raya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari, tolonglah ‘stay put where you are’.


Loading...

“Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini sahaja,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen malam ini.

Muhyiddin berkata, jika virus itu gagal dikawal, kerajaan tiada pilihan kecuali melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan. – FMT


Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram