Tiada kes COVID-19 di Jasin



MELAKA, 5 Mac -- Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menafikan mengenai terdapat satu kes koronavirus (COVID-19) di Jasin, kira-kira 30 kilometer dari sini, seperti yang tular di media sosial.

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata berita terbabit yang tular melalui aplikasi Whatsapp itu adalah tidak benar kerana tiada kes positif COVID-19 dilaporkan sehingga kini di negeri tersebut.

Loading...

"Jabatan Kesihatan meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,”  katanya, dalam kenyataan, di sini hari ini.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik seperti kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan ‘hand sanitiser’, mengamalkan etika batuk yang betul dan mengelakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai," katanya.

Loading...

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih atau sebarang pertanyaan dengan menghubungi Hotline Crisis Preparedness And Response Center Kebangsaan di talian 03-88810200 / 03-88810600 / 03-88810700. – BERNAMA


Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram