Dua hari sekali Kit Siang meroyan nak masuk parlimen – Najib



Setiap dua-tiga hari, Uncle akan tuntut sidang kecemesan parlimen diadakan.

Mula-mula tuntut parlimen bersidang untuk usul undi tidak percaya atas PM-8.

Lepas itu, tuntut parlimen bersidang untuk bincang pelan rangsangan ekonomi Covid.

Diikuiti dengan tuntutan sidang tergempar parlimen dua hari untuk bahas dan luluskan pakej rangsangan ekonomi Covid.

Hari ini pula, dia tuntut parlimen bersidang untuk bincang jalan keluar PKP.

Pegawai yang mengawal Dewan Rakyat, sila ambil perhatian.

Buka pintu Dewan Rakyat untuk Uncle masuk dalam tempoh PKP ini.

Biar dia berkurung seorang diri dalam dewan sehingga PKP tamat.

Bekalkan dia sebungkus Gardenia dan sehelai selimut kerana kita maklum Dewan Rakyat terlalu sejuk. – Najib Razak



Loading...



Dalam tempoh 12 hari, 6 kali Lim Kit Siang meratib “Sidang Khas Parlimen, Sidang Khas Parlimen, Sidang Khas Parlimen…”

Secara puratanya ratiban Lim Kit Siang supaya diadakan Sidang Khas Parlimen ini akan dibunyikan selang sehari sekali.

Bila dihentam banyak pihak kerana Sidang Khas Parlimen tidak patut diadakan disebabkan risiko Covid-19, ratiban ini pun bertukar.

Ratiban terkini Lim Kit Siang adalah “Sidang Khas Parlimen Virtual, Sidang Khas Parlimen Virtual, Sidang Khas Parlimen Virtual…”

Ada masalah kejiwaan atau apa Lim Kit Siang ini ya?  – Kamarul Yusoff


Loading...

Berikut merupakan ratib 'Sidang Khas Parlimen" Kit Siang seperti yang disenaraikan oleh Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusof:

1) 28 Mac 2020: " Muhyiddin harus memanggil sidang parlimen tergempar selama dua hari untuk meluluskan pakej rangsangan ekonomi beliau"



2) 29 Mac 2020: "Kerana itulah persidangan tergempar Parlimen mengenai Covid-19 berguna, bukan sahaja untuk meluluskan pakej rangsangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Jumaat, tetapi untuk menunjukkan sokongan penuh dan perpaduan semua rakyat Malaysia..."



3) 30 Mac 2020: Rakyat Malaysia sepatutnya perlu sama memberi maklum balas dengan mengadakan sidang khas parlimen untuk menunjukkan sokongan..."



Loading...

4) 3 April 2020: "Kerajaan patut mempertimbangkan untuk mengadakan persidangan khas Parlimen “secara maya” kerana Malaysia perlu menggunakan strategi “melakukan apa sahaja” untuk memenangi peperangan Covid-19...



5) 6 April 2020: "Muhyiddin perlu menjelaskan mengapa kerajaan masih berlengah untuk mengadakan persidangan khas Parlimen, meskipun menerusi saluran maya..."



6) 8 April 2020: "Kerana ini jugalah satu persidangan khas parlimen, biarpun secara “maya”, sangat penting dan patut menjadi keutamaan buat masa ini."



Join our Telegram Channel
Telegram