PKP dilanjutkan lagi 2 minggu



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat melakukan jihad dengan membuahkan hasil apabila kes baharu COVID-19 berkurangan dengan ketara.

Perdana Menteri berkata, daripada ratusan kes baharu setiap hari ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berkuat kuasa, kes menurun kepada puluhan sahaja.

Loading...

"Dengan usaha yang sedang giat dilakukan oleh barisan hadapan dan disiplin anda semua mematuhi PKP, kita akan dapat mengurangkan lagi kes baharu COVID-19 ke tahap yang paling minimum dan membendung sepenuhnya penularan wabak ini.

"Kita juga bersyukur kerana jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh meningkat dengan ketara. Seramai 3,542 pesakit COVID 19, atau 63.2 peratus daripada keseluruhan pesakit sembuh setakat ini," katanya. – BHarian



Join our Telegram Channel
Telegram