Rakyat terkandas boleh pulang bermula 7 Mei



Polis hari ini mengumumkan jadual pergerakan rentas negeri bagi perjalanan yang bermula dari 7 Mei hingga 10 Mei.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata berkata jadual berkenaan dikeluarkan bagi mengelakkan orang ramai tiba ke sesuatu lokasi seperti di Lembah Klang serentak.

Jadual berkenaan adalah seperti berikut:

7 Mei (Khamis): Merangkumi pergerakan pulang dari Kuala Lumpur.

8 Mei (Jumaat): Merangkumi pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan.

9 Mei (Sabtu): Merangkumi pergerakan pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang

10 Mei (Ahad): Merangkumi pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu.


Loading...

Perkara itu diumumkan dalam sidang media berkenaan pergerakan antara negeri dalam tempoh PKP bersyarat (PKPB) di Bukit Aman hari ini.

“Mengapa kita laksanakan jadual begini? Kita tak mahu mereka tiba di lokasi (destinasi) yang kebanyakannya di Lembah Klang ini serentak.

"(Jadi) bila kita jarakkan (masa pegerakan), kita jangka mereka (contohnya) yang bermula di Perak akan tiba dahulu, diikutti Johor, dan diikuti Kelantan," jelas Huzir.

Katanya, fokus PDRM adalah untuk memudahkan pergerakan dan data yang diperolehi daripada aplikasi Gerak Malaysia akan digunakan untuk mengelakkan kesesakan.

Selain itu Huzir berkata pemohon aplikasi Gerak Malaysia juga tidak perlu menunggu makluman atau notifikasi kelulusan permohonan mereka.


Loading...

Oleh sebab dijangka kebanyakan pengguna kenderaan akan memulakan perjalanan selepas waktu berbuka atau bersahur, Huzir menasihati mereka memulakan perjalanan di sebelah malam untuk keselesaan.

Menurut Huzir, bagi pemohon aplikasi Gerak Malaysia yang membawa sesebuah keluarga, disarankan ahli keluarga yang lain turut memohon aplikasi sama.

Bagi yang tidak mempunyai aplikasi itu, mereka boleh membuat permohonan bertulis di balas polis berdekatan namun dinasihatkan agar membuat temu janji terlebih dahulu.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Al-Ishsal Ishak.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pergerakan rentas negeri untuk kes terkandas di kampung halaman atau di tempat lain ekoran penguatkuasaan PKP, akan bermula 7 hingga 10 Mei ini.

Bagaimanapun, katanya, kebenaran bergerak bergantung kepada kelulusan Gerak Malaysia, dan jadual pergerakan akan dikeluarkan pihak polis. – Mkini


Loading...

HEBAHAN: MUAT TURUN APLIKASI "GERAK MALAYSIA 2.0" DAN BORANG "PERMIT PERGERAKAN PKP" BAGI INDIVIDU YANG TIADA KEMUDAHAN TELEFON PINTAR

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu, pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan aplikasi mudah alih "Gerak Malaysia" hanya dibenarkan kepada dua kategori individu sahaja iaitu:
  1. Orang ramai yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing, dan
  2. Bagi mereka yang hendak kembali ke tempat kerja sahaja.

Aplikasi dalam talian yang dinamakan "Gerak Malaysia" telah dibangunkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bermula 25 April lalu.

Orang ramai dinasihatkan memuat turun aplikasi terkini "Gerak Malaysia" versi 2.0 di Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS.


Loading...

Manakala bagi orang ramai yang tiada kemudahan telefon pintar pula, anda dikehendaki untuk:
  1. Memuat turun borang "Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)" di Media Sosial Rasmi PDRM,
  2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan,
  3. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan
  4. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang "Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)" yang telah disediakan.


Loading...

Orang ramai yang telah mendapat kelulusan boleh membuat pergerakan masing-masing seperti ketetapan berikut:
  • Pergerakan untuk pulang dari Kuala Lumpur adalah pada 7 Mei 2020 (Khamis),
  • Pergerakan untuk pulang dari Perak, Johor dan Kelantan adalah pada 8 Mei 2020 (Jumaat),
  • Pergerakan untuk pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang adalah pada 9 Mei 2020 (Sabtu), dan
  • Pergerakan untuk pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah pada 10 Mei 2020 (Ahad).

Perlu diingatkan bahawa pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing ini dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sahaja.

Borang "Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)" boleh dimuat turun menerusi imej di bawah.

Sumber: PDRM





Join our Telegram Channel
Telegram