Anak-anak tak sekolah 3 bulan, tapi Maszlee risaukan guru tak cukup cuti



1. Bila bekas Menteri Pendidikan mempersoalkan Kementerian Pendidikan kenapa tidak berbincang dengan guru sebelum meminda kalendar akademik 2020 dengan memendekkan cuti akhir tahun berbaki dua minggu, terkejut saya.

Tidakkan Ketua Pengarah Pendidikan dan guru-guru yang bertugas di Putrajaya itu sudah mewakili guru.

Mana mungkin Menteri Pendidikan buat keputusan sendiri.

Sudah tentu sebelum keputusan dibuat, semua faktor sudah diambil kira.

Lagi pun ia bukan berlaku sepanjang tahun. Inilah untuk berkorban demi anak bangsa.

Loading...

2. Betulkah bekas menteri dihujani luahan guru melalui mesej peribadi dan media sosial yang tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya memendekkan cuti sekolah?

Hebat sungguh bekas menteri kasut hitam ni, DIHUJANI luahan guru-guru.

Persoalannya, kenapa guru tidak berkata benar tentang wakil guru mereka iaitu, semua guru berjawatan tinggi di Putrajaya yang menjadi pentadbir.

Mereka ini bukan wakil guru ke? Pelik sungguh beliau.

Loading...

3. Kata bekas menteri ini lagi, “Guru-guru yang mengajar dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), melaksanakan kelas dalam talian setiap hari, bersungguh-sungguh menghantar kerja rumah melalui WhatsApp, gigih merakam video untuk tontonan anak murid, mereka semua adalah ‘frontliner’ penting di bahagian pendidikan ketika seluruh dunia diserang virus Coronavirus.

Sejak bila guru mengajar setiap hari dalam talian?

Bekas menteri ni tahu atau tidak kekangan capaian internet yang dihadapi.

Ada pelajar yang terpaksa panjat pokok untuk dapat capaian internet.

Anak saya dan anak saudara saya ramai masih bersekolah, tidak pernah dengar pula guru mengajar setiap hari dalam talian.

Bekas Menteri pernah terfikir tak, wang yang perlu dibayar jika pelajar buka data setiap hari untuk belajar dalam talian secara synchronous dan asynchronous.

Bekas Menteri yang sudah tidak jadi menteri ni sedar atau tidak apa dia cakap?

Loading...

4. Bekas menteri ni mempersoalkan. “Adakah semata-mata kerana kes Covid-19 reda dan surut hari ini, kerajaan dan menteri pendidikan mahu melupakan jasa ‘frontliner’ di bahagian pendidikan ini?”

Mengucap panjang saya. Ini bukan soal ‘frontliner’. Semua yang bertugas di mana-mana kementerian adalah ‘frontliner’.

Isunya adalah soal masa depan pelajar yamg sudah ketinggalan mata pelajaran pembelajaran secara synchronous dan asynchronous.

Bukan semua pelajar mampu belajar secara atas talian. Justeru, semua perlu berkorban.

Nasihat saya bila sudah tak jadi menteri, tak usahlah nak tunjuk seolah-olah diri kamu seorang pejuang guru-guru.

Tak usahlah nak berlakon. Kami dah muak dengan lakonan ini.

Menteri, Ketua Pengarah Pendidikan dan mereka yang duduk di Putrajaya semuanya guru. Takkan mereka tidak maklum tugas dan beban guru.

Cukup-cukuplah bekas menteri. Buatlah muhasabah diri.

Loading...

5. Bekas menteri berkata lagi, kementerian perlu mendekatkan diri dengan guru untuk mendengar, berbincang dan mengiktiraf pendapat profesional mereka.

Kenyataan ini seolah-olah merendah-rendahkan guru-guru yang bertugas di Putrajaya. Insaflah bekas menteri.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mengumumkan cuti pertengahan penggal 2 dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari bagi semua sekolah.

– Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah



Join our Telegram Channel
Telegram