Harith Iskandar ambil anjing jadi anak angkat



PELAWAK, Harith Iskandar telah mengambil seekor anjing yang kehilangan dua kaki sebagai anak angkat selepas diselamatkan seorang wanita beragama Islam.

Anjing yang diberi nama Marvella itu menyentuh hati Harith bersama isterinya, Jezamine selepas terbaca kisah berkenaan haiwan tersebut.

Kisah bagaimana Nurul Aini Abdul Hamid menjaga anjing tersebut walaupun pernah dipaksa untuk mengakhirkan hayat binatang tersebut buat Harith dan isterinya tersentuh.

Malah, mereka berdua selepas itu membuat keputusan untuk mengambil haiwan tersebut sebagai anak angkat untuk tinggal bersama.

Loading...

“Selepas perbincangan bersama Nurul Aina, akhirnya dia bersetuju untuk kami mengambil Marvella walaupun dengan rasa berat hati.

“Saya juga akan bawa Marvella untuk bertemu dengan Nurul Aina setiap bulan.

“Sekarang saya adalah ayah kepada tiga orang anak, dua ekor kucing buta dan seekor anjing yang mengkagumkan,” katanya di akaun Instagramnya.

Ruangan komen instagram Harith turut mendapat reaksi positif selepas melihat usaha pelawak itu.

Namun, tidak kurang juga yang mempertikai perbuatan Harith dan menganggap anjing sebagai haiwan yang haram dipegang.

Loading...

Ini bukan kali pertama gambar selebriti memegang anjing dan mendapat kecaman dan komen sinis daripada netizen di ruangan komen.

Sebelum ini, Nabila huda pernah mendapat kecaman kerana bergambar dengan seekor anjing jenis Husky.

Izzue Islam yang pernah memuat naik video rakamannya menyelamatkan seekor anjing juga sebelum ini pernah mendapat kritikan daripada netizen.

Selain berpakaian seksi, memegang anjing antara yang sering mendapat kecaman netizen walaupun kita boleh membersihkan diri selepas memegang anjing tersebut mengikut cara samak yang diajar Islam.

Adakah kelibat selebriti yang mempamerkan diri mereka memegang atau bermain dengan anjing akan mempengaruhi keterbukaan minda masyarakat untuk menerima haiwan tersebut sama seperti kucing? – SM



View this post on Instagram

This two legged wonder-dog is named Marvela. She was rescued two years ago by @nurullainabdulhamid who (despite being advised to 'put the animal down') cared for her ... and today she is a healthy beautiful and friendly doggy. We fell in love with Marvella when my wife @drjezaminelim came across her story online and kept saying "We need to do something for this beautiful doggy and the lady who saved her. After much discussion with Nurul we all agreed on a 'Foster home' arrangement where Marvella will come stay with us and we will bring her back to be with her saviour every month. So now I'm a happy daddy to 3 kids, 2 cats (one-one eyed blind) and a wonder dog. 😁 We promised her to care for an look after her doggy as she has. Please click on Nurul Ain's IG to see the work her husband and her do in rescuing and rehabilitating stray animals (over 400 cats and dogs so far!!!). I have never met a more compassionate couple so committed to loving those who others abandon. Marvella is now getting used to her new environment and we will be upgrading her wheelchair (which she has outgrown) soon! #MarvelaTheWonderDog #twoleggedwonder
A post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander) on



Join our Telegram Channel
Telegram