Netizen Cina hina Agong, tuduh berlakon makan roti kedai tepi jalan



Tingkah laku Netizen Cina di laman sosial Facebook bagai tidak mengenal erti keinsafan dan rasa hormat apabila terus-menerus mengeluarkan komen berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terbaharu, dalam laman Facebook akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang memaparkan berita Agong berkenan mencemar duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan Isnin lalu, mengundang komen kurang enak dalam kalangan pembacanya.

Di ruangan komen Facebook Sin Chew Daily, segelintir netizen Cina mendakwa Agong hanya berlakon untuk menjadi ‘mesra rakyat’.

Salah seorang pengguna dengan nama, Fei Hong Fei Hong berkata: “Macam berlakon”

Loading...

Sementara Kang Choon Gin juga turut senada dan berkata: “Alamak! Awak keluar untuk berlakon lagi”

Manakala seorang lagi pengguna dengan nama Benny Loo LG mempersoalkan sama ada tindakan Agong bersantap di kedai roti tempayan itu sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk.

“Show Off? (Menunjuk-nunjuk?),” kata Benny.

Pengguna Facebook, Brian Heng pula menulis komen berbaur sindiran kepada Agong mengenai isu politik negara dan mengaitkannya dengan gambar yang dimuat naik Istana Negara itu.

“Gambar ini sangat sesuai, pemandangannya ialah pintu. Tertutup pula tu. Terima kasih kerana memimpin kepada kerajaan keadaan sekarang ini,” kata Brian.

Loading...

Hoo Hoo Gan pula dengan biadabnya menyifatkan Agong sebagai tidak boleh diharap.

“Tidak boleh diharap, cakap lain buat lain. Pemikirannya seakan parti politik Melayu,” katanya.

Manakala seorang lagi pengguna, Siew Mun bagaikan tidak berpuas hati dengan tindakan Agong bersantap di kedai itu, serta seolah-olah menganggap Agong tidak prihatin akan kesusahan rakyat.

“Kadar pengangguran meningkat, amalan rasuah bertiup, rakyat hidup susah, sultan boleh bersantai dan serba cukup. Daulat Tuanku,” katanya.

Terdahulu, laman Facebook Istana Negara memuat naik beberapa gambar Seri Paduka bersendirian menikmati roti tempayan yang dihidangkan dalam pinggan, tanpa sebarang protokol dan penuh santai duduk di atas bangku plastik yang disediakan di kedai terbabit.

Baginda ketika itu dilaporkan dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Sungai Soi yang menempatkan 40 individu kurang bernasib baik. – Ismaweb

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Cina hina Islam, buka masjid keputusan sampah



Join our Telegram Channel
Telegram