Pakatan Harapan (PH) Melaka telah memulakan proses saman pemula bagi mencabar keabsahan pelantikan speaker, timbalan speaker dan Anggota Dewan Negara baru yang dilantik selepas kekecohan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlaku pada 11 Mei lalu.
Jelas Ketua Menteri Adly Zahari, saman tersebut telah difailkan pada 17 Mac di Mahkamah Tinggi Negeri Melaka ke atas Ketua Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh (speaker baru), Ketua Umno Tangga Batu Mohamad Ali Mohamad (anggota dewan negara baru) dan Adun Rim Ghazale Mohamad (timbalan speaker).
"Seperti mana yang kita sedia maklum, persidangan DUN ada beberapa keabsahan yang perlu dijelaskan kerana kita lihat sidang awalnya telah ditangguhkan oleh Speaker Omar.
"Namun kita dimaklumkan bahawa terdapat sidang baru dengan pelantikan speaker, timbalan speaker dan anggota dewan negeri.
Loading...
“Jadi untuk memastikan bahawa perlembagaan dan undang-undang adalah proses penting dalam tentukan keabsahan DUN Melaka.
"Kita melalui PH Melaka menerusi Omar Jaafar dan Wong Fort Pin telah mulakan saman di Mahkamah Negeri Melaka pada 17 Jun ke atas Ab Rauf Yusoh, Mohamad Ali Mohamad, Ghazale Mohamad,” katanya pada sidang media di Melaka yang disiarkan secara langsung.
Sebelum ini, PH juga telah memaklumkan hasrat mereka untuk mengemukakan saman pemula bagi mencabar keabsahan pelantikan berkenaan.
Pada 11 Mei lalu, Persidangan DUN Melaka bertukar kecoh setelah beberapa Adun berlainan parti dilihat bertikam lidah ekoran perbahasan panas mengenai usul melucutkan Omar sebagai speaker.
Loading...
Setelah itu, Omar membuat keputusan untuk menangguhkan Persidangan DUN tersebut. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pihak Adun Perikatan Nasional (PN) Melaka.
Susulan itu, Adun PN telah membuat ‘persidangan’ lain setelah penangguhan tersebut dan melantik speaker baru tanpa wakil pembangkang.
Speaker yang dipilih oleh PN Melaka pada ketika itu adalah Ab Rauf, bersama timbalannya Ghazale Mohamad Ali sebagai anggota Dewan Negara.
Selain itu, Omar yang turut berada pada sidang media hari ini, menjelaskan alasan beliau bertindak menangguhkan persidangan DUN pada ketika itu adalah kerana keadaan tidak terkawal.
“Penjelasan mengapa saya mengambil tindakan menangguhkan sidang DUN adalah kerana pada hari itu, keadaan huru-hara jadi sampai peringkat tak boleh dikawal.
Loading...
“Jadi saya gunakan peraturan dalam Perlembagaan Negeri perkara 34 (8). Perkara itu secara ringkas menjelaskan sekiranya berlaku haru-biru yang besar, speaker boleh tangguhkan mesyuarat," katanya.
Jelasnya juga, beliau mengambil tindakan tersebut bukan kerana usul yang dibawa bagi melucutkannya sebagai Speaker.
“Saya tidak memikirkan soal usul ditolak, tetapi masalah adalah ketika persidangan DUN itu jadi kacau bilau.
“[…] Setelah itu mereka secara sewenang-wenangnya memilih Ab Rauf sebagai Speaker seterusnya Ghazale sebagai timbalan dan lantik Mohamad Ali sebagai senator.
“Jadi peguam berpendapat bahawa ketiga-tiga pemilihan itu tidak sah dan ultra bias kepada Perlembagaan Negeri,” katanya lagi. – Mkini
Join our Telegram Channel