Anwar yakin PH akan menang PRU15



Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Harapan (PH) akan terus mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, tadbir urus Perikatan Nasional (PN) yang lemah dan pendirian terkini PAS mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355, akan menjadi penyebab utama kemenangan itu.

Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, beliau berkata, senario terbaik adalah pihak pembangkang memenangi pilihan raya, manakala senario terburuk adalah kebuntuan yang menyaksikan tidak ada satu pun parti mendapati majoriti yang jelas.

Pemerhati politik percaya bahawa gandingan Umno dan PAS di bawah Muafakat Nasional akan memberi mereka kelebihan kerana jumlah undi yang diperolehi kedua-dua parti itu melebihi jumlah sokongan yang dimenangi oleh PH pada pilihan raya 2018.

Loading...

Anwar berkata: "Ini hanyalah kiraan hipotesis mengenai gabungan undi yang diperoleh oleh kedua-dua parti itu. Tetapi, pilihan raya umum bukan hanya diadakan di Kuala Lumpur atau Kelantan, tetapi di seluruh negara."

Mengenai PN, Anwar berkata, perikatan itu dalam keadaan "celaru" dengan dasar “flip-flop” yang memeningkan pelabur.

Anwar, yang tidak menolak kemungkinan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada akhir tahun ini, berkata, PH harus bersiap sedia dan memulakan proses perundingan kerusi.

Beliau juga menafikan bahawa pertemuannya dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, baru-baru ini adalah untuk membincangkan kemungkinan membentuk pakatan politik.

"Tidak ada pakatan, baik PH atau PH Plus bersama Muhyiddin dan Hamzah. Saya berjumpa Muhyiddin kerana dia adalah perdana menteri manakala saya pula sebagai ketua pembangkang.

Loading...

“Kami membincangkan mengenai Covid-19 dan saya memintanya untuk membenarkan Dewan Rakyat berdebat rancangan yang kerajaan mahu laksanakan kerana wabak tersebut.

"Ya, kami memang membincangkan kestabilan negara. Tetapi tidak ada perbincangan mengenai pembentukan pakatan baru. Mengapa? Ini kerana saya merasakan bahawa PH masih adalah pilihan yang lebih baik," kata Anwar dalam wawancara itu.

Pemimpin PKR itu berkata, bahawa beliua telah memaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum dan selepas pertemuan itu berlangsung.

"Saya juga bertemu dengan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya rasa kita harus mempunyai budaya politik baru dengan tidak menganggap semua individu sebagai musuh," katanya.

Anwar juga berkata bahawa beliau akan menunaikan janji-janji reformasi jika menjadi perdana menteri berikutnya. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram