Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14 kelmarin menjadi kecoh apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mendedahkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutamanya ADUN di kalangan DAP telah mencampuri urusan dalam agama Islam ketika berkuasa.
Dewan menjadi tegang apabila ADUN-ADUN dari DAP bangun menganggu perbahasan Rafiq dengan menjerit-jerit panggilan pengkhianat.
Antara yang bangun menganggu perbahasan tersebut termasuk ADUN Bandar Hilir Datuk Tey Kok Kiew, ADUN Kesidang Allex Seah Shoo Chin, ADUN Kota Laksamana Low Chee Leong dan ADUN Machap Jaya Datuk Ginnie Lim Siew Lin.
Sebelum ini pemimpin DAP Melaka telah mempertikaikan tindakan penganjuran program Malam Islam Bersatu di Masjid Cina Melaka Sabtu ini yang mengundang kehadiran pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik.
Loading...
ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebooknya, menggesa semua pihak di Melaka mengikut semangat dan keputusan ketua menteri untuk mengharamkan pendakwah berkenaan daripada berceramah di negeri ini.
Beliau yang juga Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka pada ketika itu berkata, walaupun Zakir tidak berceramah pada majlis itu, beliau merupakan individu yang menimbulkan kontroversi antara masyarakat Malaysia.
"Semua pihak daripada Kerajaan Negeri Melaka harus bertindak mengikuti semangat (act in spirit) keputusan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang mengharamkan Zakir berceramah di Melaka supaya kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara," katanya.
Chee Yee ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kerajaan negeri tidak menafikan hak pendakwah itu untuk melancong ke Melaka dan bersolat dalam mana-mana masjid.
"Tetapi semua pihak kerajaan harus hormat keputusan ketua menteri dalam pengharaman untuk berceramah dan bertindak mengikuti semangat (act in spirit) keputusan tersebut.
Loading...
"Tindakan menjemput Zakir ke program terbabit walaupun tidak berceramah ia tidak mengikuti semangat keputusan tersebut," katanya.
Terdahulu, poster program berkenaan yang memaparkan gambar Zakir dan Pengerusi Masjid Cina Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen tular di media sosial.
Mohd Rafiq yang berkongsikan poster program berkenaan memaklumkan bahawa Zakir akan menghadiri solat berjemaah dan ibadah sunat di Masjid Cina Melaka pada Sabtu ini.
"Moga majlis ini berjalan lancar, dipermudahkan, diberkati dan dilindungi ALLAH SWT, Amin," kata Mohd Rafiq menerusi Facebook.
Pada 19 Ogos lalu, Ketua Menteri, Adly Zahari mengumumkan untuk tidak membenarkan penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah di Melaka demi menjaga menjaga keharmonian rakyat negeri tersebut.
Keesokan harinya, polis mengenakan larangan menyeluruh ke atas program-program berkaitan Zakir di seluruh negara atas sebab-sebab keselamatan. – Cinca
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Norhizam bodohkan Adun DAP lagi, netizen sokong
- [Video] DUN Melaka kecoh ADUN DAP pertikai isu pakai basikal
Kerajaan PH Melaka yang diketuai oleh Adly Zahari sebelum ini menyekat ceramah Dr Zakir Naik. |
Dr Zakir Naik datang untuk bersolat di Masjid Bukit Cina namun dibantah oleh DAP. |
Join our Telegram Channel