
SANDAKAN: Seramai 1,357 lagi ahli Warisan di Parlimen Libaran hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta, menjadikan mereka kumpulan ke-3 berbuat demikian sejak 26 Jun lepas.
Satar Wahab, yang sebelum ini merupakan ketua Warisan cawangan Batu 15, dan mengetuai kumpulan itu berkata, ahli yang keluar itu melibatkan 8 cawangan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu.
Loading...
“Tiada seorang pemimpin parti pernah menjenguk dan mengambil peduli masalah kami di peringkat cawangan sejak menang pilihan raya umum (ke-14) yang lalu.
“Kami juga ingin menyatakan sokongan kami terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri,” katanya pada sidang akhbar mengenai pengumuman itu di sini, hari ini.'
Loading...
Pada 26 Jun, lebih 1,000 ahli dari 11 cawangan di Parlimen Libaran mengumumkan keluar parti atas sebab yang sama, iaitu hilang kepercayaan pada kepimpinan parti.
Empat hari kemudian (30 Jun), seramai 1,320 ahli parti itu dari 12 cawangan di kawasan Parlimen sama juga mengumumkan keluar parti. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti
- Kepimpinan PKR Sabah umum keluar parti
- Dua ADUN UPKO keluar parti, jadi ADUN Bebas sokong PN
- 50 pemimpin wanita PKR Johor umum keluar parti
- 25 AJK PKR Saratok umum keluar parti, hilang kepercayaan kepada Anwar
- Ramai ahli PKR Melaka umum keluar parti hujung minggu ini
- 600 ahli WARISAN keluar parti
- Afif sah sertai Bersatu tinggalkan PKR
- 4 cawangan Warisan keluar parti, 500 bakal menyusul
- Lebih 1,000 ahli Warisan di Libaran umum keluar parti
- PKR Jelebu hampir lumpuh, 40 ahli keluar parti hilang kepercayaan terhadap Anwar
- 500 Penyokong Warisan Sabah Sertai Parti STAR
- Ketua cawangan Serian keluar DAP
- Cabang PKR Ampang bubar, 250 ahli keluar parti
Join our Telegram Channel