Marina tak boleh terima peraturan ketat sekolah Agama Johor



KUALA LUMPUR, 5 Julai — Semakin menonjol dalam aktiviti kemasyarakatan, Marina Ibrahim enggan menjadikan DAP batu loncatan bergelar wakil rakyat.

Setiausaha publisiti Wanita DAP Johor berkata penyertaannya dalam politik bertunjangkan keikhlasan demi agenda pembangunan rakyat.

“Saya buat kerja bukan untuk menjadi ‘seseorang’ atau calon. Saya bukan sesiapa dalam DAP. Saya bekerja sebab minat dan mahu membantu orang lain.

“Kalau letak harapan dan buat kerja mahu menjadi calon, itu tidak ikhlas dan sampai bila boleh bertahan?


Loading...

“Ramai saja anak muda dalam DAP dan tidak menjadi calon. Itu hanya persepsi orang,” katanya kepada ProjekMM.

Siapa sangka walau memilih DAP sebagai wadah perjuangan, Marina, 33, pernah dua tahun bersekolah menengah agama di Johor.

Katanya, tanggapan salah yang diterapkan membuatkan mahasiswa Universiti Terbuka Malaysia memilih jalan keluar.

“Saya pernah bersekolah di Madrasah Arabiah Kluang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 2. Selepas itu saya pindah ke sekolah biasa.

“Sejak zaman sekolah saya bukan seseorang yang percayakan benda tidak tentu arah. Ada perkara tertentu yang saya tidak boleh terima.


Loading...

“Contohnya di madrasah, undang-undang sangat ketat seperti tidak boleh bercakap dengan lelaki atau lelaki lalu, kita kena tutup tingkap.

“Sebatang pen jatuh pun, budak lelaki tidak boleh beri kepada budak perempuan. Bila kita fikir, kenapa kita hendak tekankan begitu sedangkan Islam tidak begitu.

“Bila kita bekerja, kita boleh ada teman wanita dan lelaki asalkan kita tahu batasan yang ada. Jadi kenapa perlu buat begitu. Saya tidak boleh terima hal itu,” katanya.

Meneruskan bicara, Marina menafikan dirinya dijadikan alat untuk menarik lebih ramai penyertaan ahli Melayu ke dalam DAP.

Katanya, tumpuan masyarakat lebih kepada dirinya walau banyak ahli DAP Melayu lelaki melakukan usaha sama.

ARTIKEL BERKAITAN:

“Mereka sebagai pengikut, mereka yang ikut perempuan, sebab itu mereka nampak itu sahaja. Hakikatnya banyak poster sertai parti oleh ahli DAP lelaki.

“Kalau tidak cakap, mereka tidak tahu. Tumpuan mereka kepada perempuan sebab itu mereka lihat itu sahaja.

“Banyak ahli Melayu lelaki, Syahredzan Johan, Ben Zainal iaitu ketua Dapsy Melayu pertama di Batu Pahat.

“Ada juga Farhan Haziq dan Syahir. Banyak lelaki Melayu cuma mereka tidak fokuskan,” katanya. – Projekmm











Join our Telegram Channel
Telegram