Covid-19: Melaka perkenal Pingat Jasa Cemerlang untuk frontliner

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali selfie bersama rakan media.

AYER KEROH: Kerajaan Melaka memperkenalkan Pingat Jasa Cemerlang (PJC) khas untuk menghargai petugas barisan hadapan dalam menangani penularan Covid-19.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, antara kumpulan yang layak dipertimbangkan menerima anugerah itu termasuk doktor, jururawat, anggota polis dan pengamal media.


Loading...

"Pingat ini dipersetujui oleh TYT (Tuan Yang Terutama) Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Exco. Pingat ini diwujudkan bagi meraikan atau mengenang jasa mereka yang benar-benar memperjuangkan atau bertarung nyawa menyelamatkan negeri dan negara.

"Pingat berkenaan akan dianugerahkan pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang diadakan setiap tahun," katanya.


Loading...

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14, di Kompleks Seri Negeri pada Khamis.

Semalam, persidangan DUN Melaka meluluskan usul mewujudkan Darjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM), PJC dan Pingat Peringatan sempena Pelantikan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh. – Astro Awani



Join our Telegram Channel
Telegram