
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata tindakan telah diambil terhadap kejadian pengacara program bual bicara Bernama TV mengutuk stesen penyiaran antarabangsa, Al Jazeera dengan memanggilnya "Al Jahiliyah."
"Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.
"Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil," katanya pada hantaran di Twitter.
Loading...
Ketika mengakhiri program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu di stesen agensi penyiaran negara itu, pengacara Herleena Pahlavy berkata: "Al Jazeera, ‘you shut up’.”
Kejadian itu berlaku di tengah laporan Al Jazeera mengenai dakwaan penganiayaan pendatang di negara ini semasa wabak Covid-19, yang menimbulkan kemarahan kerajaan.
Polis telah memulakan siasatan terhadap wartawan terlibat dalam laporan itu manakala Jabatan Imigresen sedang menjejaki pendatang yang diwawancara di dalam dokumentari Al Jazeera.
Pahlavi turut mendakwa laporan Al Jazeera itu kurang beretika.
Loading...
“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang.
"Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,” katanya.
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menegaskan kerajaan tidak mendiskriminasi pekerja asing ketika wabak Covid-19. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19
- Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan
- Ismail: Media Qatar Al Jazeera bohong, perlu mohon maaf
- Warga asing buruk imej Malaysia akan diusir serta-merta – Imigresen
- Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera
- Imigresen buru Rayhan Kabir disyaki bersembunyi
- Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib
- Polis siasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan dan 2 akta lain
- PKR pertahan tindakan Al Jazeera, kecam tekanan kerajaan-rakyat


Loading...


Join our Telegram Channel