6 MP Amanah bakal sertai Bersatu-MN



Enam Ahli Parlimen Amanah dijangka akan keluar parti untuk bersama Bersatu menyertai Muafakat Nasional.

Difahamkan, kumpulan itu akan diketuai bekas Menteri, YB Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai.



Selain itu, YB Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), YB Dr Hasan Baharom (Tampin), YB Mohd Anuar Tahir (Temerloh), YB Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan YB Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut) disebut-sebut akan turut menyertai Bersatu.

Sementara itu, penyertaan seorang lagi Ahli Parlimen Amanah iaitu YB Mahfuz Omar (Pokok Sena) tidak diterima oleh pihak Bersatu kerana difahamkan beliau meletakkan syarat mahu kekal sebagai calon di parlimen tersebut pada PRU ke 15.



Katanya lagi, pengumuman itu akan dibuat serentak dalam satu majlis bersama 11 lagi Ahli Parlimen PKR yang keluar parti diketuai oleh YB Dato’ Seri Azmin Ali pada minggu depan.

Kata sumber itu, dengan penyertaan tersebut ahli Parlimen Bersatu akan bertambah menjadi kira-kira 40 orang dan seterusnya menjadi parti terbesar dalam Muafakat Nasional. – Terengganu Report



Join our Telegram Channel
Telegram