Ustaz Abdullah Khairi, Syamsul Debat gamatkan suasana PRK Slim


Please subscribe


TANJUNG MALIM –  Dua penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat berkongsi pentas menyemarakkan kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan harapan pengundi memberikan undi kepada calon BN Mohd Zaidi Aziz Sabtu ini.

Menariknya kehadiran Ustaz Abdullah Khairy yang sebelum ini antara mereka yang cukup lantang ‘menghentam’ UMNO dan BN setelah sekian lama berjuang di dalam PAS, malam tadi buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke gelanggang BN.

‘’Seumur hidup saya 52 tahun tidak pernah masuk kawasan BN tetapi malam ini saya masuk ke gelanggang BN…kerana apa…kerana tuan-puan di sini dan saya yakin kerana sahabat saya Mohd Zaidi Aziz bukan calang-calang orang…orang yang mempunyai pengetahuan ilmu yang hebat.

“Sebab itu kami turun untuk bersama dengan masyarakat di sini dalam usaha membantu kemenangan calon BN di Slim ini.



‘’Alhamdulillah…inilah yang dikatakan Muafakat Nasional. Saya tidak pernah berceramah di pentas BN…Alhamdulillah kita seikhlas hati. Saya datang daripada Pulau Pinang semata-mata untuk bersama-sama dengan tuan-puan supaya kita dapat merealisasikan kepimpinan kita bahawa DUN ini menang dengan majoriti yang besar,’’ ujarnya di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Lama, di sini.

Beliau pada masa turut mengajak untuk semua pihak agar sama-sama menjaga hubungan silaturahim dan Muafakat Nasional adalah landasan yang terbaik.

Sementara itu Syamsul Debat dalam ucapannya berharap pengundi memilih calon yang ada ‘rumah’ dan bukannya mereka yang tidak mempunyai ‘rumah’ dengan memberikan undi kepada calon BN, Mohd Zaidi pada Sabtu ini.

‘’Macam mana niat kita untuk ‘setting’ Slim ini..Slim ini kita mahukan orang macam mana. Adakah orang tidak berumah nak bagi. Maksud orang tidak berumah ini tidak ada parti nak jaga kawasan ini dan yang ada parti hanya satu sahaja iaitu BN yang bertanding.



‘’Dua lagi bebas…esok-esok dia nak jaga pun boleh dan tidak mahu jaga pun boleh sebab dia bebas dan tidak ada rumah. Sekarang ini kita ke arah menuju yang lebih baik. Ceritalah…syair macam mana pun dan hujah bagaimana sekali pun 22 bulan apa yang berlaku termasuklah macam-macam benda pelik.

‘’Jadi jangan salah…sebab itu apa yang penting sekali nak jadi daripada buruk kepada baik, baik kepada lebih baik, lebih baik kepada lebih-lebih baik jangan salah pilih.

‘’Dulu kita selalu dengar..cuba beri kepada kami…kami akan buktikan dan dah diberikan pun. Jadi tidak ada apa dah..nak ‘kong kalikong’ tidak ada apa dah. Itu semua ‘cekadak’ kami sudah tahu.

‘’Apa yang penting kita sama-sama pada 29 Ogos ini membantu kemenangan calon BN, Mohd Zaidi dengan pengundi memberikan undi kepada beliau,’’ ujarnya. – UMNO Online



Join our Telegram Channel
Telegram