Apa yang urgent sangat beli ink toner pun direct nego?, netizen tanya Anthony Loke



Kerajaan mendedahkan senarai 101 projek yang dikatakan diberi secara rundingan terus (RT) sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dahulu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kementerian Pengangkutan mendahulu senarai sebagai pemberi tender paling besar dengan nilai sebanyak RM4.47 bilion untuk empat projek.

Antara yang menarik perhatian adalah pembelian ink/toner oleh Kementerian Pengangkutan dibawah pentadbiran Anthony Loke (DAP) yang turut disenaraikan sebagai projek rundingan terus.



Netizen mempersoalkan apakah kewajaran pembelian ink/toner yang dibuat secara rundingan terus tersebut, adakah ia menepati kehendak dan keperluan yang mendesak seperti yang telah digariskan oleh kementerian?

“Apa yg urgent sgt sampai beli ink toner pun direct nego juga utk Kementerian Pengangkutan (Anthony Loke - DAP)? Jenama apa tu??? πŸ˜…πŸ˜…πŸ€£. Hebat betul ye korang buat kerja. πŸ™„πŸ€£πŸ€£.” komen Farouk Km.

“PH ni, sampai beli ink toner pun nak direct nego. Atok lu....🀦‍♀️.” komen Tun Carlos.

“Apa yg urgent sgt sampai beli ink toner pun direct nego juga utk Kementerian Pengangkutan? Jenama apa lah ink toner tu kiikii.” komen Dania Daniel.



Company aku nk beli toner pon mintak quotation 4-5 company..🀣🀣.” komen Watie

Sebelum ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dengan lantang menyatakan PH tidak lagi akan mengamalkan pemberian tender secara rundingan terus seperti yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Kenyataan itu disiarkan secara meluas di media arus perdana namun hakikatnya lain pula yang berlaku tanpa disedari oleh rakyat.

Apa komen anda tentang sikap Pakatan Harapan yang tidak ubah seperti lidah bercabang ini? – Cinca









ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram