Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi berdepan pertuduhan berkaitan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
Mengenakan sut hitam dan berpelitup muka, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu tiba pada pukul 9.07 pagi dari Putrajaya, di mana dia ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak semalam.
Lim ditahan selepas soal siasat lebih sejam di ibu pejabat SPRM semalam.
Sejumlah seratus penyokong hadir untuk memberi sokongan termasuk bapanya yang juga pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Antara pemimpin parti itu yang hadir ialah naib pengerusi M Kulasegaran, bekas timbalan menteri Liew Chin Tong dan Hannah Yeoh, bekas ketua pemuda Wong Kah Woh dan ahli jawatankuasa pusat Fong Kui Lun.
Turut kelihatan adalah dua anggota Parlimen PKR iaitu Fahmi Fadzil dan Maria Chin Abdullah.
SPRM berkata bekas menteri kewangan itu juga akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos ini. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Guan Eng dipanggil ke SPRM, keluar selepas 6 jam
- Guan Eng ke SPRM sambung keterangan penyelewengan projek terowong dasar laut
- Menteri: SPRM boleh buka semula kes rasuah banglo Guan Eng jika ada bukti baru
- Guan Eng tak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kata pemimpin DAP
- Skandal Terowong: Guan Eng bakal ditahan SPRM petang ini?
- TERKINI: Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi
- SPRM: Guan Eng sah ditahan, akan didakwa di mahkamah esok
- Najib kantoikan penipuan Tony Pua konon projek terowong Guan Eng tak pernah bayar sesen
- Tindakan menahan bapa menjijikkan, kata anak Guan Eng
Join our Telegram Channel