Jelutong terciduk dimalukan Sepang


Please subscribe


Cubaan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk memalukan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak berjaya apabila Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin tidak bersetuju dengannya.

RSN Rayer bangun mempertikaikan perkhidmatan polis pengiring yang diberikan kepada Najib memandangkan beliau telah didapati bersalah di mahkamah baru-baru ini.

Hanipa lantas menjawab dengan terpaksa berbeza pendapat dengan beliau kerana perkara itu telah termaktup di dalam undang-undang dan tidak boleh dipertikaikan.



“Saya terpaksa berbeza pendapat. Dari segi hak itu kita tidak boleh pertikaikan. Dia ada hak (sebagai bekas perdana menteri).

“Saya kalau benda betul, saya cakap je betul. Memang dia ada hak. Cuma jika kita boleh terima atau tidak itu cerita lain.

“Dia memang ada hak. Itu kita tidak boleh pertikaikan.” jawab Hanipa.



Bagaimanapun Hanipa hairan bagaimana rakyat boleh menerima Najib walaupun beliau sudah disabitkan kesalahan di mahkamah.

“Yang kita marah bukan dia guna escort itu. Yang kita marah rakyat boleh terima dia dan panggil dia Bossku.” tambah Hanipa malu.

Rayer bangun lagi mungkin cuba untuk memalukan Najib lagi namun tidak dilayan oleh Hanipa. – Cinca


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram