PETALING JAYA: Lelaki Bangladesh yang ditahan pihak berkuasa selepas mendakwa kerajaan memberi layanan buruk kepada migran ketika sekatan pergerakan Covid-19 dalam dokumentari Al Jazeera, akan dihantar pulang malam ini.
“Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir akan diusir ke negara asal Bangladesh malam ini dengan menaiki penerbangan di KLIA.
“Pasukan pengusiran yang membawa lelaki itu dijangka tiba 9 malam di KLIA,” kata Jabatan Imigresen dalam kenyataan hari ini.
Dalam wawancara dengan FMT Rabu lalu, peguam Rayhan, Sumitha Shaanthini Kishna dilaporkan berkata, Jabatan Imigresen memaklumkan beliau tiada dakwaan akan difailkan ke atas Rayhan, yang akan diusir secepat mungkin.
Rayhan ditahan pegawai imigresen pada 24 Julai lalu untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. Permit kerjanya dibatalkan jabatan itu 8 Julai lalu.
Dia antara individu yang tampil dalam dokumentari Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” dalam program 101 East yang disiarkan 3 Julai lalu.
Dokumentari 25 minit itu mendakwa Putrajaya menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menahan pendatang asing tanpa izin ketika PKP untuk membendung penularan Covid-19.
Polis menyiasat saluran berita berpangkalan di Qatar itu di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19
- Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan
- Ismail: Media Qatar Al Jazeera bohong, perlu mohon maaf
- Warga asing buruk imej Malaysia akan diusir serta-merta – Imigresen
- Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera
- Imigresen buru Rayhan Kabir disyaki bersembunyi
- Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib
- Polis siasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan dan 2 akta lain
- PKR pertahan tindakan Al Jazeera, kecam tekanan kerajaan-rakyat
- Pengacara gelar Al Jazeera Al Jahiliyah dikenakan tindakan – Menteri
- Hos BernamaTV ingatkan menteri janji kebebasan bersuara
- 6 kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman
- Rayhan Kabir sembunyi – Polis
- Akhirnya Rayhan Kabir berjaya dicekup
- Rayhan Kabir akan diusir dari Malaysia selama-lamanya – Imigresen
Join our Telegram Channel