
TANJUNG MALIM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan MIC antara parti yang akan menjadi sebahagian gabungan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, selain MIC, parti yang turut mendaftarkan PN termasuklah PPBM, PAS dan STAR.
“Memang setakat ini maklumat yang saya peroleh, MIC menjadi salah sebuah parti yang turut mendaftarkan PN bersama PAS, STAR dan PPBM. Ini tidak menjadi masalah setakat ini kerana PN harus didaftarkan.
“Pendirian Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, kita tetap guna lambang dacing untuk menjadi simbol kepada calon Umno dan BN,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali menyatakan setakat ini, terdapat 5 parti yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sebagai gabungan PN termasuk PPNM dan PAS, namun tidak menyatakan 3 lagi parti lain.
Dalam perkembangan lain, Zahid berkata, perundingan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan, akan dimuktamadkan selewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon pada 12 September.
Beliau berkata, rundingan mengenai agihan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, diadakan bersama beberapa parti lain termasuk Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), STAR, Parti Bersatu Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).
“Insya-Allah kita akan membentuk sebuah gabungan semua parti ini bersama dengan BN Sabah, supaya terdapat hanya 1 gabungan parti politik di Sabah dan kami akan mengemukakan ‘the new deal’ melalui manifesto khusus bagi pengundi Sabah,” katanya.
Zahid berkata, pihaknya juga memutuskan Setiausaha Agung BN Annuar Musa dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, dilantik sebagai ketua koordinator PRN Sabah bagi membantu jentera pilihan raya BN Sabah, bersama rakan parti lain.
Menurutnya, lambang BN akan digunakan pada PRN Sabah, namun jika parti yang mahu bekerjasama dengan BN ingin menggunakan lambang masing-masing, rundingan akan dibuat untuk memastikan hanya pertandingan 1 lawan 1 berlaku. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- PAS masuk Perikatan Nasional, kata Takiyuddin
- BN tidak campur urusan Pas join PN – Zahid
- Asyraf: UMNO-BN dan PAS-PN kekal kerjasama hadapi DAP- PH pada PRU15
- Tinggalkan Umno, BN, dekati PH, bukan ‘hijrah yang baik’, kata Najib
- Umno boleh menang lebih 80 kerusi jika PRU sekarang, kata kajian
- Komen Najib Pas masuk Perikatan Nasional
- MIC, GPS juga masuk Perikatan Nasional – Sumber
- Kumpulan Azmin sah masuk PPBM
- Bersatu kini terima keahlian bukan Melayu
- Bersatu pertimbang lantik Azmin naib presiden parti
Join our Telegram Channel