
Mantan Menteri Besar Terengganu Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia kira-kira jam 6.20 pagi tadi di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggal akibat komplikasi jantung.
Berita duka itu dimaklumkan anaknya Wan Abdul Hakim melalui Facebook.
Wan Abdul Hakim turut memberitahu jenazah Wan Mokhtar akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong selepas solat Zohor nanti sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam Selangor.
Join our Telegram Channel