Ingatkan suci, hantu raya macam dulu juga, Puad sindir Tamrin



TAMRIN GHAFFAR DAPAT TENDER RUNDING TERUS JUGA?

Rupanya Tamrin Ghaffar ni tak boleh pakai. Memang nampak berani. Kuat bisingnya.

Semuanya dibelasah termasuk Raja Raja Melayu, Sultan Johor, TMJ, UMNO, Najib, Zahid dan lain lain.


Mahathir dipuji melangit. Padahal Tun M yang mengaibkan Tun Ghaffar bila diterajang keluar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Rupanya ada udang di sebalik batu. Dia pun dapat juga tender runding terus yang didedahkan oleh Tengku Zafrul.

Zuraida Kamaruddin mendedahkan, Tamrin Tun Ghaffar adalah penasihat Syarikat Bumi Segar yang mendapat projek Sisa Pepejal Taman Beringin bernilai RM170 Juta.


Menurut Zuraida, Tamrin adalah penyokong tegar PH yang mewakili syarikat tersebut bila bertemu Lim Guan Eng pada 28 Nov 2018 untuk melobi projek berkenaan.

Projek “runding terus” tersebut diluluskan oleh Lim Guan Eng dengan surat bertarikh 20 Februari 2019 dari Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KPKT.

Astaghfirullah al azim. Ingatkan suci bersih. Rupanya hantu raya macam dulu juga.

– Dr Puad Zarkashi

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng lulus projek direct-nego RM170 juta KPKT kepada syarikat Tamrin – Zuraida



Join our Telegram Channel
Telegram