Masa rayu undi kata Melayu pejuang, bila kalah terus cop Melayu low class



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tulisan wartawan veteran, A Kadir Jasin berkenaan persepsi terhadap bangsa Melayu.

Najib dalam hantaran di Facebooknya mengkritik, apabila meminta undi, Melayu diibaratkan sebagai bangsa pejuang namun, apabila kalah, Melayu dikatakan kelas rendah.

“Bila minta undi, Melayu bangsa pejuang. Jika menang, suara rakyat suara keramat.



“Bila kalah, hakikatnya orang Melayu kelas rendah. Bila berkuasa, orang Melayu pemalas, jangan iri hati orang kaya. Pejuwang,” tulis Najib di Facebooknya, hari ini.

A Kadir pernah menulis, kebanyakan orang Melayu masih dalam kategori “peasant” seperti diungkapkan oleh penjajah beratus tahun lalu.

Terdahulu Tun Dr Mahathir juga terkenal dengan sikap yang suka merendahkan Melayu dengan dakwan Melayu adalah pemalas.



Ini adalah antara punca penolakan kepada Pakatan Harapan kerana kenyataan sebegitu sangat melukakan golongan Melayu.

Sikap menghina kaum sendiri itu bagaimanapun nampaknya masih tidak berubah.

Tidak hairanlah mengapa kaum lain memandang rendah dengan orang Melayu kerana ada pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang menunjukkan contoh begitu. – SuaraTV / Cinca




ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram