Media lapor tambah pertuduhan, yang dikurangkan tak cerita pula – Azeez Rahim



Ramai sahabat-sahabat bertanya tentang tambahan tuduhan pendakwaan ke atas saya semalam. Jadi biar saya terangkan fakta-fakta kes yang sebenarnya berlaku tetapi tidak dilaporkan oleh media.

1. Pertuduhan saya telah dipinda oleh pihak pendakwaan. Amaun tuduhan yang dikenakan ke atas saya telah dikurangkan daripada RM140 juta kepada hanya RM14 juta sahaja. Ini adalah satu kemenangan daripada segi moral kepada pasukan pembelaan kami.


2. Tiada satupun tuduhan tersebut adalah melibatkan Tabung Haji. Usaha pelbagai media yang mengaitkan jawatan lama saya selaku Pengerusi institusi tersebut dengan kes yang sedang berjalan adalah suatu propaganda politik yang tidak bermoral. Walaupun berkali-kali telah saya nyatakan bahawa tiadanya pendakwaan berkaitan dengan wang Tabung Haji.

3. Bagi pertuduhan-pertuduhan tersebut, pihak kami akan meneliti segala fakta kes dan hujahan pendakwaan daripada masa ke semasa. Saya tidak akan menjawab di luar mahkamah bagi mengelakkan unsur subjudis.

4. Saya merupakan seorang ahli perniagaan sebelum saya menceburi bidang politik lagi.


5. Walaubagaimanapun, saya merasa bersyukur di atas perkembangan terbaru ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu menadah tangan berdoa untuk keselamatan dan kelancaran urusan saya.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pembela.

Dan kebenaran akan diketahui umum juga suatu masa nanti, Insyaallah.

– Azeez Rahim



Join our Telegram Channel
Telegram