Polis tahan Toyota Camry WXL 3118 langgar lari



Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang pemandu kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari sebuah motosikal bersama pembonceng di Kilometer 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias berkata video kemalangan itu tersebar luas di media sosial dan mencetuskan kemarahan netizen.



Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung maklumat video tular itu dan menahan suspek pada kira-kira 6.51 petang.

"Kemalangan berlaku apabila pemandu kereta berkenaan telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di hadapan dan telah melanggar motosikal yang sedang menggunakan lorong kecemasan itu dan terus melarikan diri," menurutnya dalam kenyataan, semalam.



Azisman berkata mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal terbabit telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong,

Tindakan pantas JSPT menahan suspek dalam kes itu telah meredakan kemarahan netizen terhadap pemandu kereta terbabit, menurut kenyataan itu. – Bernama


ARTIKEL BERKAITAN: Foo Kee Tian Toyota Camry WXL 3118 langgar lari, cari sampai dapat



Please subscribe














Join our Telegram Channel
Telegram