
KOTA KINABALU: Umno akan bertanding 31 kerusi pada pilihan raya Sabah akhir bulan ini, tetapi 2 nama orang kuat Umno Sabah, Musa Aman dan Abdul Rahman Dahlan, tiada dalam senarai yang diumumkan ketuanya, Bung Moktar Radin.
Bung mengumumkan 95% calon Umno muka baharu. Selain mereka, Bung turut mengumumkan namanya sendiri dan bekas menteri Salleh Said Keruak.
Bung akan bertanding di DUN Lamag, yang terletak bawah Parlimen Kinabatangan yang disandangnya, manakala Salleh akan bertanding di DUN Usuakan di Parlimen Kota Belud.
Bung memaklumkan Musa tidak tersenarai kerana bekas ketua Umno negeri itu tidak pernah memohon menjadi calon.
Musa merupakan bekas ketua menteri sementara Rahman pula ahli majlis tertinggi Umno. – FMT
BERITA LANJUT MENYUSUL
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Shafie Sabah pasti tumbang kata MP Kimanis
- TERKINI: Kerajaan Warisan Sabah tumbang
- PKR akan ambil tindakan ke atas Adun sokong Musa Aman
- Polis adakan sekatan di laluan pintu masuk utama Istana Negeri malam ini susulan tumbangnya kerajaan Warisan Sabah
- Shafie menghadap YDP Sabah malam tadi, sidang media 10 pagi hari ini
- Shafie mengadap YDP sekali lagi pagi ini
- TERKINI: Musa Aman tiba Istana Negeri dijangka angkat sumpah
- TERKINI: Shafie umum bubar DUN Sabah
- Kali kedua saya dianiaya, kata Musa Aman
- Musa dihalang masuk laluan Istana Negeri
- Selepas sejam Musa masih dihalang masuk laluan Istana Negeri
- DUN Sabah rasmi bubar hari ini
- Sokong Musa, PKR pecat ADUN Inanam
- Bersatu mahu tanding 45 dari 73 kerusi di PRN Sabah
- UMNO Sabah kekal bertanding 32 kerusi terdahulu, 13 kerusi baharu
- TYT Sabah didakwa terima rasuah untuk bubar DUN
- Musa, 32 Adun cabar pembubaran DUN Sabah
- Mahkamah putus jawatan Shafie, kerajaan Sabah Haram
- TERKINI: Musa Aman tiada dalam senarai calon BN – Bung
- PRN Sabah: DAP tak berani guna logo sendiri
Join our Telegram Channel