Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau boleh mendapat sokongan mencukupi
untuk menjadi calon perdana menteri PH.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng yang sekali lagi mencadangkan Presiden Warisan Mohd Shafie
Apdal menjadi calon perdana menteri sekiranya Anwar gagal mendapat sokongan.
"Dia beri pandangan, tak apa kita dengar pandangan tak ada masalah, tapi
pandangan dia tidak [...] Dia (DAP) beri laluan kepada (Shafie) kalau saya
tak boleh.
"Jawab saya, saya boleh, insh-Allah," tegas Anwar.
Keengganan DAP untuk menggugurkan cadangan Shafie menjadi calon perdana
menteri sebagai alternatif kepada Anwar kembali membuka luka lama, terutama
kepada PKR.
Sebagai maklum balas segera, Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh Nurul Izzah
Anwar menggesa DAP memfokuskan pada pilihan raya Sabah, "bukannya
berlumba-lumba untuk mematahkan semangat setiakawan."
Lim pertama kali mencadangkan Shafie sebagai calon perdana menteri dalam
pertemuan antara DAP, Amanah, Warisan dan bekas perdana menteri Dr Mahathir
Mohamad, yang kini bergerak di bawah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Usul itu bertujuan untuk memecahkan kebuntuan antara Anwar dan Mahathir
kerana masing-masing tidak dapat menerima antara satu sama lain sebagai
calon perdana menteri.
Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari selepas Bersatu menarik diri daripada
gabungan itu bersama sekumpulan ahli parlimen PKR yang berpaling tadah.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri
selepas berjaya membentuk kerajaan Perikatan Nasional dengan sekutu BN, GPS,
PAS, PBS dan Star.
Walaupun majoriti Muhyiddin rapuh, PH dan sekutunya masih gagal merebut
kembali kekuasaan. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dr M namakan Shafie Apdal sebagai PM, Anwar tercicir sekali lagi
- Najib: Mukhriz menjadi TPM seterusnya PM. Siapa suruh Anwar percaya Dr M, DAP-PAN
- Shafie calon PM cadangan je, belum muktamat, kata DAP-PAN
- Habih semua kena juai, Mujahid sindir pencalonan Shafie PM
- Calon PM: Saya perlu masa untuk fikir – Shafie Apdal
- PKR: Dr M mahu malukan Anwar, bukan ikhlas calon Shafie sebagai PM
- Dr M ulang Anwar tak sesuai jadi calon PM kerana tak popular dalam kalangan orang Melayu
- Amanah nafi setuju Shafie calon PM, perlu putus dalam Majlis Presiden PH
- DAP, PAN nafi tandatangan SD sokong Shafie sebagai PM
- DAP Sarawak pilih Shafie calon PM jika Anwar gagal bukti sokongan
- Pemimpin PKR tinggalkan dewan ketika Shafie umum calon
- Shafie bagi kerusi pada PKR sikit sangat – Saifuddin
- Nuar dimalukan lagi, DAP calon Shafie PM alternatif
Join our Telegram Channel