UMNO kekal pendirian tak masuk Sarawak – Zahid



Kuala Lumpur: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti yang beliau pimpin kekal dengan pendirian tidak bertanding di Sarawak.

Seperti dipetik dari akaun Twitternya, Zahid berkata, “UMNO tidak akan pernah berhasrat masuk ke Sarawak. Keputusan itu muktamad”.


Beliau turut menambah, “UMNO yakin dengan PBB, sementelahan GPS (Gabungan Parti Sarawak) telah dibentuk untuk merangkumkan ketiga-tiga parti lain yang dahulunya dalam BN”.

Beliau turut mendoakan agar GPS akan terus membentuk kerajaan negeri bila PRN diadakan kelak.

Kenyataan ini bagi menjawab kebimbangan GPS mengenai penyertaan parti parti yang bekerjasama dalam pembentukan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihanraya negeri Sarawak yang boleh diadakan pada bila bila masa dari sekarang.


PAS dan Bersatu sebelum ini menyatakan keinginan untuk meletakkan calon masing-masing dalam pilihanraya negeri berkenaan seterusnya menimbulkan persoalan tentang masa depan PN diperingkat Kerajaan Persekutuan.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee sebelum ini berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan untuk ditandingi pada PRN termasuk kawasan tradisi PAS di negeri ini sementara Bersatu mahu menamakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

Sama seperti UMNO, wakil-wakil rakyat GPS menyokong kerjasama dalam pembentukan kerajaan tapi tidak dalam bentuk politik. – SuaraTV

ARTIKEL BERKAITAN: Kita tidak akan benarkan UMNO masuk Sarawak – Abang Johari


Join our Telegram Channel
Telegram