Anwar serah SD 120 MP pada Agong, kerajaan Muhyiddin tumbang



Presiden PKR berkata telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam pertemuan pagi tadi.

"Ia mencecah lebih dari 120 (ahli parlimen).


"Tapi oleh kerana Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti, maka munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk YDPA memutuskan.

"Tak wajar tetapkan masa untuk YDPA memutuskan," katanya pada sidang media khas sebentar tadi.


Bagaimanapun Anwar beranggapan pentadbiran PN pimpinan Muhyiddin Yassin "sudah jatuh."

Menjelaskan lanjut, kerajaan baru yang bakal diterajuinya "masih tetap majoriti muslim dan bumiputera."

"Tapi saya ingin tegaskan bahawa jaminan tentang hak semua warganegara tetap terpelihara," katanya lagi.

[Berita penuh menyusul]

– Mkini



Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram