From Fat to Fit Amy – Peminat teruja perubahan Rebel Wilson



BAGI anda yang menonton filem muzikal komedi, Pitch Perfect anda pasti kenal dengan watak Fat Amy yang dimainkan oleh aktres Australia, Rebel Wilson.

Namun Fat Amy bukanlah seperti apa yang anda bayangkan dahulu.


Pelakon yang sangat sinonim dengan watak-watak komedi itu, kini sudah berjaya menurunkan berat badan dan meminta peminatnya untuk mengelarkannya 'Fit Amy'.

Rebel Wilson membuat perkongsian tersebut di laman Instagram miliknya.


Pada masa sama, peminat-peminat juga teruja melihat perubahan aktres itu.

Bukan sahaja Rebel Wilson, penyanyi Adele juga pernah mengejutkan peminat dengan perubahan yang dilakukannya.

 



Join our Telegram Channel
Telegram