KUALA LUMPUR: UMNO memutuskan untuk terus menyokong kerajaan Perikatan
Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO
malam tadi yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
di Menara Dato' Onn, di sini.
Parti itu juga menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP.
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 8.30 malam tadi, antara lain akan
memperincikan pelbagai cadangan dan pendapat yang dikemukakan hasil pertemuan
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) petang tadi.
Antara yang utama, memuktamadkan pendirian UMNO dan BN sama ada kekal
menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yasin ketika ini atau sebaliknya.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, ketika dihubungi petang tadi
mengesahkan semua ahli MKT dipanggil untuk hadir mesyuarat malam ini.
KENYATAAN MEDIA
Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah memutuskan perkara-perkara berikut:
1. Menjunjung kasih di atas keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri bagi maksud pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan. Bagi UMNO, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.
2. Mendokong sepenuhnya titah dan saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.
3. Menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan juga parti-parti pembangkang.
4. Mencadangkan supaya Kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah.
5. Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP. Ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional. UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus.
6. Memastikan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO untuk memperkasakan Muafakat Nasional dapat terus direalisasikan.
AHMAD ZAHID HAMIDI
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
- Respon Najib selepas Muhyiddin mahu laksana 'darurat'
- Agong: Tiada keperluan isytihar darurat
- Muhyiddin bertemu anggota kabinet, pertimbang letak jawatan?
- Majlis Raja-Raja mahu mekanisme semak, imbang dihormati, elak unsur salah guna kuasa
- Zahid tidak hadir pertemuan dengan Muhyiddin
- Mesyuarat tergempar MP BN di PWTC
- Agong sedar muslihat Muhyiddin perlu berundur – Puad Zarkashi
- Menteri Kabinet tutup mulut selepas mesyuarat dengan Muhyiddin
- MP BN bincang kedudukan Muhyiddin sebagai PM
- Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini – Najib
- TERKINI: Najib cadang BN beri sokongan pada Anwar – Sumber
- Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin
- Sokong Anwar: Najib jawab fitnah portal adik Latheefa Koya
- Kerajaan yang perlukan sokongan Najib boleh pergi jahanam – Tony Pua
- DAP sokong Muhyiddin dengan syarat pecat Hamzah, Azmin – Liew Chin Tong
- DAP akan pertahan institusi raja, hak istimewa Melayu, Islam
Join our Telegram Channel