Menteri Kabinet tutup mulut selepas mesyuarat dengan Muhyiddin



PUTRAJAYA: Menteri Kabinet enggan memberikan sebarang ulasan mengenai agenda mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya, 11 pagi tadi.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique hanya melambai ketika diaju soalan oleh pemberita.


Sementara itu, Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein pula hanya memaklumkan akan ke PWTC bagi menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dipercayai sudah bermula.

“Saya akan ke PWTC, mesyuarat sudah pun bermula,” katanya ringkas.

Terdahulu, menteri Kabinet dilihat ke Perdana Putra sekitar jam 11 pagi tadi, bagi mendapatkan sokongan daripada PAS, MCA dan MIC serta anggota jemaah menteri yang lain, kata orang dalam PN kepada FMT.


Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan serta Presiden MIC S Vigneswaran, sudah menghadiri mesyuarat itu, tetapi belum diketahui adakah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, akan menyertainya.

Pertemuan hari ini merupakan pertemuan rasmi membabitkan anggota Kabinet, selepas Agong menolak pelaksanaan darurat yang dibentangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:
  

Join our Telegram Channel
Telegram