Ketika jangkitan covid-19 semakin meningkat di Sabah, laman facebook Ahli
Majlis Tertinggi parti Warisan, Mohamaddin Ketapi atau lebih dikenali dengan
Din Ketapi didapati tidak dapat diakses sejak beberapa hari yang lalu
dipercayai dinyahaktif.
Hasil pemerhatian Buletin TTKM di pautan
https://www.facebook.com/MohamaddinKetapiOfficial mendapati mesej
“This Content Isn’t Available Right Now” dipaparkan yang biasanya
berlaku sama ada laman dipadam atau dinyahaktifkan oleh pentadbir.
Ketika kempen pilihanraya Sabah bulan lepas, Din Ketapi mendakwa zon merah
Covid-19 di pantai timur Sabah adalah sandiwara, kerana kawasan itu adalah
kubu kuat Warisan, lalu meminta rakyat tidak percaya pada zon-zon merah
tersebut.
“Bukan covid-19, diberikan merah kerana takut kalah dengan Warisan, bahaya
untuk diorang bukan untuk kita. Jadi kita jangan percaya”
Tambahnya lagi, pada hari mengundi akan ada orang yang diberikan duit untuk
pura-pura pengsan kerana Covid-19. B
“Kalau ada kamu nampak ada orang pengsan di situ, bagus kamu tendang pijak
dia. Bukan Covid-19 itu. Wayang, sandiwara.”
Sementara itu, presiden Warisan merangkap bekas ketua menteri Sabah, Shafie
Apdal membisu berikutan kes Covid-19 yang semakin menjadi-jadi.
Pemerhatian Buletin TTKM di laman facebook Shafie Apdal mendapati hantaran
terakhir dilakukan laman tersebut adalah pada 2 oktober 2020, manakala tiada
rekod beliau membuat sebarang kenyataan berhubung kes Covid-19 yang semakin
meningkat sejak pilihanraya negeri diadakan.
Pada ogos lepas, Shafie berkara beliau lebih rela mati dan berdepan risiko
wabak Covid-19 daripada menyerahkan kuasa memerintah Sabah kepada mereka yang
didakwanya telah mengkhianati mandat rakyat.
Memetik laporan FMT, Shafie berkata, beliau terpaksa mengambil keputusan
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan
Raya Negeri (PRN) meskipun keputusan itu dipersoalkan orang ramai yang
bimbang dengan wabak Covid-19.
“Saya tahu ada kritik kita kenapa adakan pilihan raya, bimbang sangat nyawa
manusia (berikutan wabak Covid-19).Tapi daripada kita menyerahkan kuasa kepada
mereka secara itu, tidak apa bagi kita, saya sanggup mati,”
Sehari sebelum hari mengundi, Shafie Apdal menerusi satu video di laman
facebooknya, memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana mengadakan pilihanraya
ketika wabak Covid-19 melanda negeri.
“Saya sedar dan tahu pada hari ini kita berhadapan dengan pilihan raya ke-16
di Sabah dan dalam kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada seluruh
rakyat Sabah kerana berdepan pilihan raya dalam keadaan Covid-19. Keadaan ini
juga memungkinkan kita berkempen bahkan juga mendampingi pengundi yang ada di
setiap kawasan DUN dalam keadaan Covid-19 dan kemungkinan kita terjangkit
dengan penyakit ini,”
Gelombang ketiga covid-19 melanda negara akibat dari pilihanraya negeri Sabah
di mana pelanggaran SOP berlaku secara berleluasa terutama ketika kempen
disamping kemasukan PATI dari negara Filipina.
Shafie membubarkan DUN Sabah setelah diperkenankan TYT berikutan kehilangan
majoriti susulan beberapa adun dari pihak kerajaan melompat kepada kem BN yang
diketuai Musa Aman.
Pilihanraya negeri itu menyaksikan Shafie Apdal yang mengetuai Warisan Plus
tewas di tangan Gabungan Rakyat Sabah.
Facebook Mohammadin Ketapi tidak dapat dibuka. |
Join our Telegram Channel