KUALA LUMPUR - Polis menyiasat pemilik akaun Facebook, Ho Ruey Terng selepas
didapati memuat naik hantaran serta gambar menghina Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah
membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit.
"Kertas siasatan terhadap pemilik akaun itu telah dibuka kerana memuat naik
hantaran menghina Agong.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948
dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tular satu 'posting' di laman sosial Facebook yang dimuat naik Ho
Ruey Terng berhubung satu kenyataan yang berbaur hasutan dan menghina
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hingga menimbulkan
pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.
Dalam hantaran itu, pemilik akaun terbabit mengeluarkan kata-kata kesat
apabila dikaitkan dengan alasan gagal mencari penyelesaian pandemik
koronavirus (Covid-19).
Join our Telegram Channel