SHAH ALAM - Ketika isu darurat pentadbiran yang dicadangkan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang hangat diperdebatkan, bekas Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya kerajaan memikirkan kesusahan yang
dihadapi rakyat ketika ini.
Menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu
berkongsi suasana di kebanyakan tempat perniagaan yang sunyi tanpa pengunjung.
"Kedai-kedai sunyi dan kosong. Gerai-gerai sunyi dan kosong. Pusat beli barang
sunyi dan kosong. Pejabat-pejabat sunyi dan kosong.
"Dengarlah apa yang rakyat kata. Fikirkanlah kehidupan rakyat. Susah. Susah,"
tulisnya.
Terdahulu, hantaran yang dimuat naik kira-kira dua jam lalu itu mendapat lebih
22,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.
Semalam, Kabinet dilaporkan bersetuju dengan pelaksanaan darurat bagi
menangani penularan Covid-19 selepas perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat
Khas Kabinet dipengerusikan Muhyiddin di Putrajaya.
Kedai-kedai sunyi dan kosong. Gerai-gerai sunyi dan kosong. Pusat beli barang sunyi dan kosong. Pejabat-pejabat sunyi...
Posted by Najib Razak on Friday, October 23, 2020
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
Join our Telegram Channel