Ronnie Liu hasut jatuhkan Agong?



Semalam Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu membuat satu hantaran seolah-olah menghasut rakyat Malaysia menjatuhkan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Sekarang saya di Bangkok. Mereka (pendemonstasi) sedang menolak Raja..” kata Ronnie dengan meletak tanda pagar #demo.

Tindakan Ronnie mendapat kecaman orang ramai kerana ia boleh mencetuskan ketidaktenteraman di dalam negara.


Orang Cina di luar Tanah Besar China seperti Taiwan, Hong Kong dan Macau diisitilahkan sebagai Oversea Chinese.

Negara Thailand adalah negara yang mempunyai populasi Oversea Chinese paling tinggi, diikuti Malaysia, USA, Indonesia dan Singapura.

Dalam lima teratas negara populasi Oversea Chinese paling ramai, hanya Thailand dan Malaysia mempunyai sistem monarki.

Thailand mengamalkan monarki berperlembagaan, dan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan yang lebih unik - yakni penggiliran raja-raja Melayu sebagai YDP Agong.


Tindakan tidak bertanggungjawab Ronnie dengan membuat hantaran seolah-olah beliau menghadiri demonstrasi menolak Raja di Thailand dapat memberi interpretasi bahawa beliau menyokong agar Agong dan Raja-Raja Melayu di Malaysia dijatuhkan.

Apatah lagi beliau dengan jawatan pemimpin yang ada padanya, dengan secara tidak bertanggungjawab membuat hantaran di facebook yang boleh mendoktrin rakyat Malaysia khususnya rakyat berbangsa Cina untuk menolak Agong dan Raja-Raja Melayu.

Netizen menggesa agar tindakan Ronnie disiasat dan dikenakan hukuman yang berat kerana tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu mampu menggugat kestabilan negara dan mampu mencetuskan suasana tidak aman.

Ronnie bagaimanapun telah memadamkan hantaran di facebooknya setelah dikecam orang ramai. – Dr Tanaka / Cinca

 

Join our Telegram Channel
Telegram