Selangor takde air lagi, lebih 1,200 kawasan terjejas



Lebih seribu kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air disebabkan pencemaran sumber air mentah yang telah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.

Menurut kenyataan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), tugas di Loji Rawatan Ari Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan.

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu melibatkan 1,196,457 akaun yang merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.


“Justeru itu, Air Selangor ingin memaklumkan pemulihan setakat jam 2:00 pagi ini untuk insiden henti tugas separa LRA SSP1 berikutan paip air terawat pecah telah mencapai kadar 80%, namun berikutan insiden pencemaran bau ini melibatkan loji yang sama.

“Maka, pemulihan kawasan ini tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah diumumkan pada 18 Oktober 2020.

“Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis,” menurut kenyataan tersebut.


Notis pemberitahuan itu dibuat kurang 24 jam selepas Air Selangor mengumumkan bekalan air di 311 kawasan terjejas di negeri itu pulih sepenuhnya.

Pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya. – Mkini


Join our Telegram Channel
Telegram